Breaking News
recent

How Do I Begin - Introducing EmbrazeMe Kitchen Beauty Recipes Inspired By Yatt Lateef

My mission is on the move.. EmbrazeMe Beauty Spirit Organic Homemade Skin Care inspired by Yatt Lateef is in a process of Re-branding & Re-labeling; sebelum ini dikenali dgn nama Le Fiere, France la sangat ^_^ Mula dijual pada rakan2 facebook secara kecil-kecilan bermula Julai 2013 hingga sekarang. Jualan terkumpul sepanjang 7 bulan ini ialah rm39,000. Walaupun hasil jualan tak sebanyak mana, tapi ia merupakan satu pencapaian yg agak luarbiasa buat seorang insan comel macam I (sila positif ye..) Congratulations to me.. Alhamdulillah..

Kenapa I cerita pasal jualan terkumpul tu? Orang lain bisnes tak sampai 7 bulan dah cecah juta2 ringgit, tak de pun nak kepoh2 heboh2 bagai, kan? Tak pe, U baca dulu, sebelum sampai penghujung cerita, U akan temui jawapannya, yes? Yes. Thank U..

This is my passion. Bagaimana keghairahan ini bermula? Ia bermula selepas I mengalami masalah kulit yg serius, jerawat & parut jadi hitam & berlubang hingga jelas kelihatan walaupun dipandang dari jauh. Trust me, it was one of my biggest low moment in life. Depressed. I rasa macam tiada jalan penyelesaian lagi, buntu. Sila lihat gambar di bawah ini.. Gambar ini diambil setelah 2 minggu i guna formula kecantikan organik homemade. Actually, masa ni kulit i sudah pulih hampir 50% dari keadaan asal..

I'm sorry, I tak ambil gambar sebelum mulakan rawatan tu sebab i malu nak bergambar, malu giler.. semasa dlm proses rawatan melalui formula Vitamin C20 Beauty Serum, I tak sangka my skin memulih sebegitu cepat! Sesungguhnya, I tak expect apa2. Masa tu I dah kecewa tahap terduduk.. I asked myself, is this recipe going to make any better? Maka, I tak de bukti bahawa keadaan asal kulit I lebih teruk dari yg U all tengok dlm gambar ni.. Trust without evidence. Thank U.

Sebelum rawatan dengan Vitamin C20 Beauty Serum, jerawat atas dahi tu berderet-deret, lebih banyak & bertindih-tindih atas pipi & hidung (maksud I, ada jerawat atas parut!) plus kulit sunburned giler (jogging sangat la konon..). Ajaibnya kesan sunburned tu hilang dlm masa 2 minggu saje.. kulit I juga ada masalah pori-pori terbuka, besar-besar boleh tahan, I tell u.. blackheads & whiteheads paling banyak atas hidung & bawah bibir.. kalau U tengok I secara zahir di alam nyata ketika itu, U will get my whole story..

Cerita seterusnya.. maka I ambil inisiatif utk berkongsi manfaat & kebaikan resepi ini kepada orang lain yg mungkin sedang mencari-cari jalan utk memulihkan masalah yg sama dengan I.. I mula promosi pada rakan2 facebook yg ketika itu dlm linkungan 300 orang.. pada awalnya, hanya 5% saje yg ambil tahu & risik2 utk mencuba.. Alhamdulillah.. yg lain-lain tu mungkin ada rasa takut risau cemas.."homemade? boleh caye ke?.. no KKM?" kan.. I agak macam tu la atau memang dorang tak ambil tahu pun.. berapa kerat sangat yg baca my status, kan.. Wallahu'alam.. (heih! macam kecik hati pulak..) ^_^ By the way, sekarang ni, tak semua produk yg ada kelulusan KKM itu 100% terjamin selamat sepenuhnya, yes? tak setuju tak pe.. bermakna u all masih perlu berhati-hati sebelum membeli, ok? Because? Masa tu I pun pakai semua produk yg ada KKM.. Grab my point? Good job.

Pada mulanya I rasakan bisnes ni sekadar isi masa lapang saje. Yes, of course I did it because that is my ultimate passion & my highest excitement to fulfil my leisure time, so then, I don't really care how much I get, as long as I get, it always enough. Masa tu I fikir dapat rm500 sebulan cukup lah, dah lepas belanja dapur, dah boleh melilau kat pasar tani atau pasar malam & berbangga beli handbag 'berjenama' made in china yg mahal sangat la konon.. aiseh! Terlebih cerita.. Sorry, uncontrollable.. But, it's true, i'm not really into branded stuffs too much, a little bit, maybe ^_^

Sebenarnya, disebabkan namanya homemade, i never thought i could make thousands of ringgits in a short while.. even though, pd awalnya modal burned macam tu aje, tiada hasil, zero, nothing.. Now, I realize I can go further! From a few ringgits to hundreds, to thousands.. who knows i could hit hundred thousands & millions of ringgits afterwards, yes? Ini jawapan utk menjelaskan kekepohan di atas, get it? Thank U

I doakan u all dilimpahi rezeki yg tak putus-putus hendaknya supaya u all tak perlu berkira-kira utk mendapatkan produk kecantikan homemade yg original ini.. semoga bertambah ramai & semakin ramai orang mengenali menyukai memiliki produk kecantikan organik homemade EmbrazeMe ini.. Aamiin Ya Rabbal 'Aalamin..

Thank you for reading.. Be the first to Like & Share.. Please leave your comments if U wish. EMBRACE OPEN SKY YES!
Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Say Something...

Powered by Blogger.