Dewasa ini, kita menjadi semakin berhati-hati dlm menggunakan rangkaian produk pelunturan kulit yg dijual di pasaran kerana ia melibatkan penggunaan bahan peluntur berkimia (bleaching agents) yg boleh menjejaskan kesihatan & kestabilan struktur kulit pada masa akan datang.
Di sini, i berikan resepi mudah, u all boleh buat sendiri utk lupuskan sel-sel kulit mati, sekaligus melembapkan kulit. Resepi ini berasaskan 100% bahan-bahan semulajadi, maka dijamin selamat walaupun digunakan setiap hari & yg lebih penting ianya berkesan!
Sedia? Ingredient Listings
- 2 sudu besar Gula Halus (bukan gula icing)
- 1 sudu kecil Soduim Bicarbonate (don't tell me you don't know this)
- 1 sudu kecil Virgin Coconut Oil / Olive Oil
- 1 sudu kecil Glycerin (u can find this at bakery supplies, quite cheap)
- 1 sudu kecil Cuka Epal (u can substitute with lime/lemon juice)
- Sedikit Madu
- Secubit Serbuk Kulit Kayu Manis (if you're allergic to cinnamon, then avoid)
- Beberapa titik Vanila Extract (nak bagi wangi je, cari kat bakery supplies)
Cara Buat
- Masukkan satu persatu bahan ke dlm mangkuk, kacau sebati, sedia digunakan. Ramuan akan kelihatan berbuih sekejap disebabkan percampuran alkali (sodium bicarbonate) & asid buah (cuka epal/lime/lemon).
Cara Guna
- Basahkan bahagian siku, lutut & kaki.
- Ambil ramuan & gogok ke bahagian yg berkenaan secara memutar.
- Bilas bersih, lap kering.
- Tengok la hasilnya, u all pasti suka.
- Boleh buat setiap hari, sekali sehari, sebelum masuk tidur.
- Resepi ini juga boleh menghaluskan kulit tapak kaki retak & pecah. Amalkan berterusan utk hasil yg berkesan.
Buat sendiri Skrub Badan Semulajadi utk hasil kulit bersih halus lembut cerah segar menggunakan bahan2 dapur pada kos yg murah ^_^
Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos
No comments:
Post a Comment
Say Something...